- Tujuan resume ditulis adalah untuk memenangi persaingan dalam permohonan sesuatu jawatan dan juga merupakan satu cara mengiklankan diri.
- Resume digunakan oleh majikan sebagai alat dalam process Screening (berkaitan pendidikan,kelayakan dan sebagainya.
- Data yang diberikan harus sahih dan terkini.
- Resume berperanan sebagai satu cara mengiklankan diri yang merangkumi pengalaman, taraf pendidikan, pencapaian dan kemahiran.
- Resume juga menyediakan butir peribadi yang ringkas dan padat.
PENULISAN RESUME
Dalam resume terdapat beberapa perkara penting yang mesti ada dalam resume dan disusun mengikut kepentingannya. Perkara-perkara tersebut ialah :1. Butir-butir peribadi
-Nama penuh, tarikh lahir, jantina, umur, no. kad pengenalan, bangsa, status dan alamat tempat tinggal,
no telefon, agama, kewarganegaraan, alamat e-mel (jika ada) serta butiran-butiran lain yang difikirkan perlu2. Latar belakang pendidikan
3. Status Pekerjaan
-Dengan secara ringkas, terangkan pengalaman kerja mengikut kronologi seperti tarik mula bekerja, nama dan alamat majikan, jawatan yang disandang, tugas khusus dan bidang tanggungjawab yang dilaksanakan semasa menjawat jawatan tersebut.
4. Gaji
-Pemohon boleh menyatakan gaji yang diinginkan.
5. Kemahiran-kemahiran yang dimiliki
-Contohnya seperti penguasaan dalam beberapa bahasa dan kemahiran komputer.
6. Wawasan kerjaya
7.Aktiviti-aktiviti yang pernah disertai di sekolah, kolej, universiti melibatkan diri dalam aktiviti sukan, persatuan kelab dan sebagainya.
8. Pencapaian dan anugerah yang pernah dicapai misalnya pernah menerima Anugerah Dekan.
9. Maklumat tambahan yang memberi nilai tambah kepada pemohon seperti bersedia bertugas di luar kawasan, jika dikehendaki.
10. Rujukan
Biasaanya pemohon perlu menyediakan perujuk untuk mengesahkan tentang pengetahuan, kemahiran, pemahaman tentang bidang yang dipohon. Pastikan dua perujuk tersebut mempunyai pandangan yang positif , mengenali pemohon dan beliau mengetahui bahawa beliau dijadikan rujukan oleh perujuk.
Untuk melihat contoh resume anda bolehlah melayari laman web seperti di bawah.
0 pendapat:
Catat Ulasan