Ads 468x60px

Tahukah Anda ?

TAHUKAH ANDA? Kaunseling Kerjaya ialah satu proses bimbingan dan tunjuk ajar kepada klien untuk membantu klien memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka,untuk membantu klien supaya klien dapat menyesuaikan diri dengan kerjaya yang diceburi serta untuk membantu klien supaya klien mampu untuk maju dalam kerjaya yang mereka ceburi.

Penyediaan Resume

  • Tujuan resume ditulis adalah untuk memenangi persaingan dalam permohonan sesuatu jawatan dan juga merupakan satu cara mengiklankan diri.
  • Resume digunakan oleh majikan sebagai alat dalam process Screening (berkaitan pendidikan,kelayakan dan sebagainya.
  • Data yang diberikan harus sahih dan terkini.
  • Resume berperanan sebagai satu cara mengiklankan diri yang merangkumi pengalaman, taraf pendidikan, pencapaian dan kemahiran.
  • Resume juga menyediakan butir peribadi yang ringkas dan padat.
 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.