Kerjaya sebagai Jurulatih Skuba

Kerjaya sebagai Jurulatih Skuba sememangnya menyeronokkan. Bayangkan jika anda menghabiskan kebanyakan masa dengan menyelam di dasar laut sambil melihat keindahan dasar lautan. Jika anda berminat untuk menjadi seorang jurulatih skuba anda harus tahu berenang namun begitu, jika anda tidak tahu berenang anda akan dilatih terlebih dahulu sehingga mahir sewaktu anda mengikuti kursus untuk menjadi seorang jurulatih skuba. Kebiasaannya, seseorang itu hanya memerlukan beberapa hari untuk memahirkan diri untuk berenang.

Keperluan untuk menjadi seorang jurulatih skuba adalah seperti berikut :

1. Tahu berenang
2. Mempunyai tahap kesihatan yang baik
3. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya ini
4. Mengikuti beberapa kursus berkaitan "scuba diving"
5. Bebas dari sebarang penyakit
6.Lulus ujian kecergasan yang dijalankan

Terdapat beberapa peringkat untuk menjadi jurulatih skuba dan seseorang itu juga perlu mengikuti beberapa siri kursus" scuba diving" bagi melayakkan  seseorang itu menjadi jurulatih skuba. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut :

1. Peringkat pertama  (perlu menjalani kursus Open Water Diver)
  • Peringkat pertama ini seseorang itu perlu mengikuti kursus Open Water Diver dan kursus ini merangkumi lima teori yang utama yang setiap satunya memerlukan kelas teori dan praktikal. Kuiz dan ujian akhir turut diadakan bagi melayakkan pelajar lulus dalam setiap bidang yang diajar.
  • Teori dan praktikal akan diadakan di kolam renang sahaja.
  •  Praktikal akhir pula akan dijalankan di kawasan laut di perairan Malaysia uuntuk melatih pelajar agar benar-benar bersedia dengan keadaan sebenar . Ujian akhir juga akan diadakan dan memakan masa lebih kurang empat hari tiga malam dan memerlukan anda melakuka proses selaman sekurang-kurang empat kali. setelah semua ujian teori dan praktikal berjaya dilakukan barulah anda dikira sebagai lulus.
  • Kebiasaannya yuran yang dikenakan dalam lingkungan hampir RM 2000 seorang.
  • Bayaran yuran sememangnya agak mahal kerana ia merangkumi pakaian dan peralatan menyelam, penginapan semasa di pulau, tenaga pengajar dan pengeluaran lesen tetapi jika dikira dari segi matlamat dan kemahiran yang diperolehi ia adalah sangat berpatutan.
  • Di dalam kursus Open Water Dive terdapat satu model khas yang mewajibkan pelajar lulus kursus First Medic Aid seperti CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Hal ini sangat penting kerana bantuan pertolongan cemas amat diperlukan  sekira berlakunya perkara yang tidak diingini. Buku log yang dipanggil "Diver's Log" digunakan bagi memantau segala perkembangan pelajar dan proses mengeluarkan lesen serta diakui dan digunakan di seluruh dunia.
2. Peringkat Kedua (Dive Master)
  • Dalam Peringkat Dive Master ini seseorang itu perlu melalui tahap ujian yang ditetapkan iaitu seseorang itu perlu menduduki peperiksaan teori serta perlu perlu belajar tentang fizik, fisiologi, peralatan menyelam, pengawasan dan pengawalan di dalam air, menyelamat dan lain-lain.
  • Biasanya kursus ini akan mengambil masa selama sebulan.
3. Peringkat ketiga (Assistant Instructor)
  • Pada peringkat ini seseorang itu perlu menduduki peperiksaan dan menyelesaikan kajian kes, setelah lulus dalam peperiksaan dan kajian kes tersebut, seseorang itu akan diberikan lesen dengan bayaran yuran tahunan tertentu.
  • Antara lesen yang akan diberikan ialah Open Water Instructor dan Medic First Aid (MFA).
  • Dalam peringkat ini juga seseorang itu perlu melakukan aktiviti menyelam sebanyak 100 kali di laut dalam dan sekurang-kurangnya 10 kali pada waktu malam.
*Terdapat tiga organisasi besar yang paling aktif mengeluarkan lesen dan operasi menyelam iaitu PADI (Professional Association Diving Instructor), NAU (National Association of Underwater Instructors) dan SSI (Scuba School International) tetapi di Malaysia, lebih banyak organisasi yang menggunakan sistem, teori dan lesen daripada PADI.

* Peringkat ketiga sudah melayakkan seseorang itu menjadi pembantu pengajar kepada jurulatih skuba, terdapat peringkat yang lebih tinggi dan bergantung kepada seseorang untuk meneruskan ke peringkat yang seterusnya.

* Anggaran jumlah pendapatan seorang jurulatih skuba adalah antara RM 1800 sehingga RM 2000. Bagi jurulatih yang mahir mungkin lebih daripada itu. Selain itu, semasa aktiviti menyelam, bayaran intensif akan diberikan dan terdapat sesetengah syarikat yang memberi komisen sebanyak RM 100 untuk seorang pelajar kepada jurulatih skuba.

*Jurulatih skuba juga akan diperlukan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari mangsa lemas, mereka juga membantu jabatan-jabatan lain untuk mengambil gambar di dasar laut , membantu mencari artifak sejarah dan bermacam-macam lagi.

5 ulasan:

  1. Saya nak mulakan bidang scuba nii tetapi sy tidak tahu nak mula dari mana dulu

    BalasPadam
  2. Saya nak mulakan bidang scuba nii tetapi sy tidak tahu nak mula dari mana dulu

    BalasPadam
  3. Adakah setiap peringkat course itu bayarannya yang berlainan?

    BalasPadam

 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.