Kini, khidmat seorang pendandan semakin diperlukan kerana perubahan trend menyebabkan ramai orang terutamanya golongan remaja untuk mendandan rambut mereka mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan. Oleh itu, kerjaya sebagai pendandan rambut mampu memberikan hasil yang lumayan jika seseorang itu berkemahiran tinggi dalam bidang ini.
Kelayakan
- Tiada sebarang kelayakan atau sijil khas diperlukan untuk menjadi seseorang pendandan rambut. Seseorang itu perlu sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas dalam bidang ini, justeru seseorang yang berminat untuk menjadi seorang pendandan rambut boleh mengikuti kursus dandanan rambut di mana-mana sekolah, institusi mahupun salun kecantikan rambut yang menawarkan kursus ini.
- Untuk berjaya dalam kerjaya ini, seseorang itu perlulah mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ini.
- Antara modul kursus yang diajar jika anda mengikuti kursus dandanan rambut ialah mensyampu dan merapi rambut, menggunting dan mengering rambut, mendandan, kerinting, menata rambut, mewarnakan rambut dan janggut serta pengetahuan tambahan seperti merapikan janggut dan misai.
- Seseorang yang mengikuti kursus ini juga kebiasaannya akan diajar di dalam suasana di salun tempat mereka bekerja kelak. Pelajar yang mengikuti kursus ini juga boleh membuka salun mereka sendiri.
Di bawah ini adalah demonstrasi cara mendandan rambut lelaki oleh seorang pendandan rambut
0 pendapat:
Catat Ulasan