Kerjaya dalam Industri Fesyen

Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta. Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Selain itu, bidang ini dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan.

Ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pereka fesyen atau seorang yang terlibat dalam Industri Fesyen adalah seperti berikut :


·         Minat terhadap fesyen serta berpenampilan.
·         Berminat mengikuti perkembangan dunia fesyen yang cepat berubah
·         Memiliki daya kreativiti, imaginatif dan artistik kerana bidang ini memerlukan individu yang kreatif.
·         Boleh bekerja secara bersendirian atau berpasukan.
·         Bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
·         Memiliki kemahiran melukis.
·         Sedia bersaing, cekal serta mempunyai tahap motivasi yang tinggi bagi merealisasikan impian kerjaya anda.
·         Fokus dan tumpuan baik terhadap kerja yang dilakukan.
·         Bersikap Positif

Bidang Kerjaya
Bidang ini menawarkan pelbagai kerjaya kepada sesiapa yang berminat dan menceburkan diri dalam sektor ini secara langsung atau tidak. Antara peluang kerjaya dalam bidang rekaan adalah:
·         Pereka fesyen, barang kemas ataupun seramik
·         Penyelidik
·         Pelukis fesyen
·         Pengawal Kualiti
·         fesyen profesional
·         Perunding fesyen ataupun perunding imej
·         Konsultan pereka bebas
·         Penyelaras warna
·         Pengeluar industri kilang
·         Guru atau pensyarah
·         Pengilustrasi fesyen
·         Pemotong pola
·         Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian


Antara  institusi yang menawarkan program Seni Reka Fesyen di Malaysia ialah:

·         Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Perak, Kampus Sri Iskandar
Faculty Of Art and Design, Shah Alam
·         Carven Academy of Fashion
10, First Floor, Jalan Panggong, 5000 Kuala Lumpur.
·         SML Fashion Academy
No. 57-59, 2nd Floor, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
http://www.smlfashion.com.my.
·         Center for Advanced Design (CENFAD)
24, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
http://www.cenfad.edu.my.
·         International Fashion Training Centre (IFTC)
6th Floor, Bangunan Yayasan Selangor, No.99, Jalan Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.
Lim Kok Wing University College of Creative Technology
Inovasi 1-1, Jalan Teknorat 1/1, 63000 Cyerjaya, Selangor Darul Ehsan.
http://www.limkokwing .edu.my.
·         Malaysian Institute of Art
Institut Seni Lukis Malaysia, 294-299, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Raffles Design Institute
62 Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Kl-enquiries@raffles-design-institute.com.
·         Kolej Komuniti Kuching
Lot 3563, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Melkokomku&i.com.my
·         K.L. Fashion Academy

1 ulasan:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160k women and men are losing weight with a easy and SECRET "water hack" to burn 2 lbs every night while they sleep.

    It is effective and works all the time.

    You can do it yourself by following these easy steps:

    1) Hold a clear glass and fill it up with water half glass

    2) And now use this crazy HACK

    and you'll become 2 lbs thinner the very next day!

    BalasPadam

 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.