Kerjaya sebagai Jururawat

Bidang kejururawatan ini luas dan dapat dibahagikan kepada empat bidang asas seperti yang diamalkan di negara ini, meliputi:
·         Jururawat kesihatan
·         Jururawat perubatan
·         Jururawat masyarakat
·         Jururawat akademik

Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan, mereka akan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi, contohnya:
·         Ketua jururawat
·         Penyelia jururawat
·         Ketua penyelia jururawat


Syarat Kelayakan dan Institusi Berkaitan

Syarat kelayakan bagi memohon memasuki Institusi Kejururawatan adalah berbeza-beza mengikut institusi. Antara berikut syarat kelayakan bagi institusi-institusi yang berada di Malaysia bagi permohonan Diploma Kejururawatan:

                        Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Permohonan perlulah dibuat menggunakan borang SPA8 dan syaratnya lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu (BM) sahaja.


Ciri-ciri Peribadi Yang diperlukan

Antara ciri-ciri peribadi yang perlu ada antaranya:

·         Meminati profesion ini
·         Mempunyai pengetahuan di bidang sains dan matematik
·         Mempunyai pengetahuan di bidang perubatan
·         Bersikap ramah terhadap pesakit
·         Sanggup melayani dan mengambil hati pesakit
·         Boleh berkomunikasi dengan baik
·         Sanggup bertugas mengikut syif (giliran)
·         Sanggup bertugas tanpa mengira masa dan tempat
                                
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

                        Universiti Teknologi Mara

Program ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya dengan syarat kelayakan untuk mengikuti kursus terbuka untuk pelajar dari aliran sastera / sains dengan syarat utama kepujian Bahasa Melayu (BM), Matematik dan salah satu daripada matapelajaran samada Biologi atau Sains Teras (AM) dengan lulus Bahasa Inggeris (BI) (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


                        Universiti Malaya

Program ditawarkan di bawah Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan dengan syarat kelayakan program kepujian BM, Matematik, BI dan kepada aliran sastera wajib mendapat kepujian Sains Teras (AM) dan bagi aliran sains sekurang-kurangnya lulus salah satu daripada subjek sains berikut iaitu Biologi / Kimia / Fizik (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


                        Universiti Kebangsaan Malaysia

Program ditawarkan di Fakulti Perubatan Kampus Cheras di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Manakala bagi pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains berikut iaitu Biologi / Fizik / Kimia

Universiti Sains Malaysia

Menawarkan program diploma sepenuh masa dan ditawarkan di Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains samada Biologi / Fizik / Kimia 

Sementara itu, terdapat juga IPTA yang memperkenalkan kursus kejururawatan di peringkat sarjana muda. Antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ini, calon perlulah mempunyai kelayakan Diploma Kejururawatan .Bagi kelayakan peringkat sarjana muda antaranya di UNIMAS dan USM calon lepasan STPM boleh memohon dengan syarat lulus STPM aliran sains serta mendapat purata nilai gred kumulatif  3.5. Sementara UPM mengambil calon-calon yang memiliki diploma yang bersesuaian atau yang berkhidmat sebagai jururawat atau pembantu perubatan. Demikian juga, calon juga perlu lulus SPM, memiliki Sijil atau Diploma Kejururawatan serta pengalaman kerja dalam bidang kesihatan. Pengalaman kerja setahun bagi pemegang diploma dan lima tahun bagi pemegang sijil.

1 ulasan:

  1. Hai..menarik perkongsian ni.Btw tumpang ya ,sis merupakan RA atau pembantu kajian.Jika perlukan bantuan untuk menulis bagi akademik /cari jurnal or maybe critical review perspectives or thesis can wsp me at 0166371460.Sis juga menulis buku pendidikan/motivasi dan novel pendek jika nak upah boleh wsp .thnks and semoga maju jaya .

    BalasPadam

 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.