Kerjaya sebagai Peguam

Kerjaya seorang peguam adalah bertujuan untuk membantu seseorang yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan. Oleh itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGUAM

 ·         Berminat dengan profesion ini
 ·         Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 ·         Memiliki kemahiran berkomunikasi
 ·         Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
 ·         Suka membaca
 ·         Mengikuti perkembangan semasa
 ·         Berdisiplin dan berfikiran matang

SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGUAM
Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima menjadi seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
·         Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
·         Mempunyai keperibadian yang baik
·         Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia
·         Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan diri.
·         Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dikendalikan oleh Lembaga.

Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.

14 ulasan:

  1. Salam. Macam mana pulak utk pelajar undang2 yg belajar di luar negara?
    Ada apa2 exam/qualification yg wajib diambil ke?

    BalasPadam
  2. wasalam. jika anda berminat untuk belajar undang-undang, syarat kemasukan akan ditentukan oleh universiti yang anda ingin pohon, jadi semua peperiksaan atau qualification akan ditetapkan oleh pihak universiti terbabit. Saya cadangkan anda rujuk panduan untuk belajar di luar negara di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi http://www.mohe.gov.my/portal/pelajar/pelajar-malaysia-di-luar-negara.html?id=140

    BalasPadam
  3. Selepas mendapat ijazah peryndangan , apakah hala tuju yang patut diambil atau lakukan

    BalasPadam
  4. Saya pelajar form 4 next year form 5 saya binggung subjek apa yg patut kredit dan wajib lulus ? Berapa tahun belajar diploma dan setaraf dgn nya dan berapa tahun untuk belajar degree?

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera,saya sekarang berada di aliran perakaunan dalam tingkatan 4.tahun depan tingkatan 5.saya bingung patut kah saya mengambil aliran Seni atau aliran perakaunan..Pls respond

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sejahtera, sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk mengambil aliran seni atau perakaunan ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan antaranya ialah minat, kebolehan serta personaliti anda. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah anda untuk berbincang mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. Saya harap jawapan saya seba sedikit dapat membantu anda.

      Padam
  6. Selamat sejahtera.saya pelajar form 3.saya nak menjadi peguam.apakah aliran yang saya sepatutnya memilih untuk menyempurnakan impian saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tiada bidang sastera di sekolah ,apa bidang yg saya boleh ambil jika ada bidang perakaunan,sains tulen, perniagaan.....

      Padam
  7. Apa kriteria untuk menjadi seorang peguam bela dan peguam cara di malaysia?

    BalasPadam
  8. Macam mana nak mohon jadi penguam

    BalasPadam
  9. assalam tuan, boleh saya tahu syarat kelayakan peguam berdasarkan seksyen 10,11 dan 14 itu di bawah akta apa ya?

    BalasPadam
  10. hye assalamualaikum , saya tingkatan 4 dan mengambil aliran account and perniagaan , saya nak tanya boleh ke jadi lawyer ?

    BalasPadam

 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.