Kerjaya sebagai Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru.


 Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang
1.Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.

Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan 

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang.

      Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon. Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Lesen Penerbangan

Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.
1. ‘Private Pilot Licence’ (PPL). Lesen ini diambil oleh individu yang mempunyai hobi membawa pesawat. Mereka tidak dibolehkan membawa penumpang.

2. ‘Commercial Pilot licence’ (CPL). Untuk mendapatkan lesen ini, individu berkenaan harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3. ‘Airline Transport Pilot Licence’ (ATPL). Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan.

4 ulasan:

  1. im intereted in this carrier.i love flying very much.

    BalasPadam
  2. nak tanya apa fungsi juruterbang pada negara

    BalasPadam
  3. Sy student sains tulen tapi sy tak belajar biologi, sebaliknya sy belajar prinsip perakaunan...Masih ada peluang tak untuk sy? But still sy belajar 4/5 drpd subjek yg perlu diutamakan untuk menjadi pilot kecuali sains shj..

    BalasPadam
  4. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    More than 160 000 women and men are using a simple and SECRET "liquid hack" to burn 1-2 lbs every night as they sleep.

    It's easy and it works on everybody.

    This is how to do it yourself:

    1) Go get a drinking glass and fill it up with water half full

    2) Proceed to use this amazing HACK

    so you'll become 1-2 lbs thinner the very next day!

    BalasPadam

 

Info Kerjaya

Menurut Tolbert (1994)kerjaya bermaksud satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Info Kerjaya

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian kerjaya pada masa ini antaranya ialah globalisasi,perkembangan teknologi, keadaan ekonomi,peluang pendidikan, peningkatan kerjaya wanita & kepupusan semangat kerjaya lelaki, peningkatan jangka hayat , budaya serta peningkatan kadar pengangguran.

Kata-Kata Inspirasi Kerjaya

"Saya rasa semua orang patut mengalami kekalahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya mereka.Banyak yang anda belajar daripadanya."Lou Holtz.