Pages

Kerjaya sebagai Jurulatih Kecergasan

Jika anda seorang yang cergas dan suka melakukan aktiviti fizikal, kerjaya sebagai seorang jurulatih kecergasan mungkin boleh menjadi kerjaya impian anda tambahan lagi masyarakat Malaysia pada hari ini gemar berkunjung ke gimnasium dan semakin mementingkan kesihatan dan penampilan mereka. Mereka yang menjadi jurulatih kecergasan ini juga boleh membuka pusat kesihatan dan kecergasan mereka sendiri. Antara kelayakan dan kriteria untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan yang bertauliah ialah:
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas.
  • Mempunyai Diploma atau sebaik-baiknya  Ijazah dalam bidang Sains Sukan.
  • Jika seseorang itu tidak memiliki Diploma atau Ijazah Sains Sukan, mereka perlu memiliki sijil professional daripada Federation of International Sports Aerobics and Fitness Inc. iaitu satu badan professional yang diiktiraf dunia.
  • Perlu memiliki personaliti yang bagus
  • Pandai bergaul
  • Sensitif terhadap persekitaran dan kehendak pelanggan
  • Komited terhadap kerja yang diamanahkan
  • Mempunyai pengetahuan tentang nutrisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan